Sunday, December 27, 2009

Terima Kasih Semua

Alhamdulillah,

Terima kasih kepada semua yang menyertai Pertandingan Bowling Terbuka anjuran Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Taman Mawar. Terima kasih juga kepada Ketua dan Timbalan Ketua UMNO Cawangan yang hadir menyampaikan hadiah. Terima kasih kepada kengkawan lama yang masih terus memberikan sokongan. Terima kasih kepada kengkawan baru dan pelapis-pelapis Puteri.

Kepada mereka yang NGAKU diri tu ahli Puteri Taman Mawar dan mereka yang NAMA MASIH lagi AHLI PUTERI TAMAN MAWAR, kalau tak boleh hormat atau aktif bersama Puteri Cawangan ini maka lebih baik isi borang tukar cawangan. Bak kata pepatah "pinggan tak retak, nasi tak dingin, orang tak hendak aku pun tak ingin"


p/s bangga sebab ini program pertama Ketua UMNO Cawangan hadir selepas kembali dari Tanah Suci Mekah.

0 comments: