
Ruj : (001) dlm.P3UCTM/PT/notis
Tarikh : 8 Mei 2010
Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap
Ketua, Naib, Pegawai, Ahli Jawatankuasa dan Ahli-ahli
Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Taman Mawar
Saudari,
NOTIS PERSIDANGAN TAHUNAN 2009
PERGERAKAN PUTERI UMNO CAWANGAN TAMAN MAWAR
Notis ini adalah diberi mengikut CERAIAN 6.4 PERATURAN PERSIDANGAN bahawa PERSIDANGAN sepertimana yang tersebut di atas akan diadakan seperti butiran di bawah:
HARI / TARIKH : 16hb Mei 2009 (Ahad)
MASA : 2.00 petang
TEMPAT : Balai Serbaguna UMNO Cawangan Taman Mawar,
Jalan Mawar 13, Taman Mawar
2. Saudari sebagai Ahli Puteri UMNO Cawangan ini adalah dengan hormatnya dijemput hadir bagi tujuan tersebut menurut FASAL 6.1.3 PERLEMBAGAAN UMNO dan CERAIAN 8.1 PERATURAN PERSIDANGAN. Sila bawa surat notis semasa hadir.
3. Segala usul secara bertulis hendaklah sampai ke Urusetia Cawangan pada/sebelum Persidangan dimulakan.
Sekian disampaikan, terima kasih.
Yang berusaha,
Generasi Wanita Prihatin Berilmu
NORWATI BINTI ABDUL MANAF
Ketua
Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Taman Mawar
s.k.
(i) Ketua UMNO Cawangan - sila hantar dua orang wakil
(ii) Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pasir Gudang - sila maklumkan kepada penyelaras
0 comments:
Post a Comment